Thursday, June 4, 2009

Monster Attack On The Stadium?

This is a breaking news (in BM) ....

TERENGGANU, 03 Jun (TakBernama) -- Raksaksa Kaiju telah menyerang Stadium Sukma Terengganu malam semalam ketika Perlawanan akhir bola sepak antara Pasukan Ultraman dengan Pasukan Manusia.

Menurut seorang saksi yang masih dalam ketakutan, tragedi tersebut berlaku tepat pada pukut 9.30 malam. Ketika itu, Pasukan Ultraman sedang mendahului Pasukan Manusia 3-0. "Pada masa tu, Pasukan Ultraman baru saja menjaringkan gol ketiga. Tiba-tiba, saya ternampak satu jalur laser yang kuat menyinar dari atas langit ke bumbung di seberang saya di mana kebanyakan penyokong Pasukan Ultraman duduk. Saya boleh merasa kepanasan yang terik sangat dan dalam masa kurang daripada setengah minit, bumbung itu pun runtuh! Penonton-penonton di dalam stadium lari bertempiaran menyelamatkan diri", menurut saksi tersebut dalam satu temuramah khas dengannya selepas kejadian tersebut.

"Raksaksa tersebut mempunyai 2 penyepit besar macam ketam!", kata En. Rempit yang kebetulan melalui kawasan stadium dan telah merakamkan aksi-aksi cemas dengan menggunakan kamera digitalnya. Namun, kameranya terjatuh dan rosak dalam perjalanan balik rumah mungkin akibat ketakutan.

Sehingga kini kerugian masih tidak dapat ditentukan. Dianggarkan tiada sebarang nyawa yang terkorban kemungkinan besar penyokong-penyokong pasukan Ultraman yang terdiri daripada anak-anak Ultra yang datang khas dari planet mereka itu telah berterbangan keluar semasa serangan dahsyat itu berlaku.

Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa ke atas serangan dan kerosakan yang disebabkan olehnya. Dipercayai pihak Ultraman juga sedang menjejaki Raksaksa Kaiju yang telah menghilangkan diri sejurus selepas serangan dibuat.

***********************************

For those who can't understand BM, here is the English version:

------------------------------

Kaiju Monster had attacked Terengganu Sukma Stadium last night when the football match final between Ultraman Team and Human Team was held.

According to a witness who is still in fear, the tragedy occured at 9.30pm. At that time, the Utraman Team was leading the game by 3-0. "At that moment, Utraman Team just scored their third goals. Suddenly, I saw a strong laser beam came from the sky and shot directly to the stadium's rooftop opposite where most of the Ultraman team supporters were sit. I could feel the beam's heat and within half a minute, the roof collapsed! The spectators started to save themselves by running out from the stadium", according to the witness in a special interview after the incident.


"That monster has 2 giant crab claws!", said Mr. Rempit who happened to pass by the stadium area and recorded the scene with his digital camera. However, his camera was fall onto the floor and spoilt on his way home maybe because over-scared with the incident.


Till this moment the loss is still unpredictable. However it is believed that nobody was seriously harmed most probably Ultraman Team supporters was formed by Ultrakids who came all the way from their planet had flew out from the stadium when the attack happened.


Investigation on the attack and damage is till on the run. Ultramans is busy in tracking down Kaiju Monster who happened to disappear just after the attack.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...